Friday, June 14, 2013

Pengumuman : Saya Update Blog Hari Ini =)

Hi semua!

Hehe.. Tak payah terkejut sangat tiba-tiba aku update blog ni. Rinduuuuu nak update blog tapi tu la tu makin tua makin bz. Macam anak sepuluh plak kecohnya. By the way, ada ke orang baca blog aku ni, bahahaha. Thanks sebab jenguk jenguk tapi takde entry. Hari ni saya buat entry untuk awak awak eh.. =)

Life seperti biasa. Kiddos semakin membesar. Masih ingat Adre dan Aisya =). Adre dah nak masuk standard 1 next year. So this year dia kena struggle untuk pandai membaca, mengira dan sewaktu dengannya. Aku pulak bukan la jenis mengajar anak seawal bayi. Mengajar main-main tu ada la. Aku bagi dia puas main dulu sampai menggunung toys kat rumah. Sekarang komplen tak tau nak campak mana. Lori takde tayar pun awak nak simpan, kan Adre. Exam 1st semester before school holiday hari tu dia berjaya score 3 subjects. Yg lain juga amat amat memuaskan. Maka memang benar la teori budak lelaki dengan study smart ni. Sebab kat rumah nak suruh belajar, ya ampuuunnn. Macam nak suruh jumpa harimau. Namun begitu, alhamdulillah.

Aisya pulak sekarang dah berumur 2 tahun lebih. Tapi belum sampai 2 tahun setengah =). Bijak mengalahkan abang. Tough pun mengalahkan abang. Budak lahir terlebih makan pisang dalam perut memang macam ni. Sudah pandai sangat bercakap, walaupun pelat. Semua dah success, kecuali part breastfeeding serta diaperless. Ada tips tak macam mana nak stop breastfeed ni. Aku tak habis habis dengan perangai tak sampai hati kan. Memang sampai ke sudah la dia mencari punca makanan expecially night time. Mak aku kata, lagi lama lagi besar budak menetek, lagi sedap. Hah hambek. Ada rasa siakap masak sweet and sour ke dik? Dulu Adre umur macam ni consider dah day-diaperless. Waktu malam and travel saja pakai pampers. Sekarang Aisya masih lagi fully pakai pampers. Semuanya sebab aku takde masa dan lebih tepat lagi, pemalas. Dah, takyah cerita banyak.



Son and daughter. Tengok muka siapa lebih cheeky?


Kami satu family baru pulang dari Kedah, menghantar adik ke sana. Adik aku no. 3 sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihan dari utara. Sangat berbeza cara hidup dan keje. Tapi aku tengok diorang mampu manage semua itu dengan baik. Gerak hari Jumaat. Check-in di Alor Setar. Wedding di Darulaman Golf Country Club, Jitra. Alah.. Rupanya Alor Setar to Jitra macam Shah Alam to Subang je kot, haha. Takde majlis bersanding, cuma makan beradab dan cake cutting saja. Aku plan pegi ke sana cum vacay lah, kononnya. Tapi malangnya tak sompek. Semuanya rushing hoi. Nak pegi Bukit Kayu Hitam lah. Nak pegi Padang Besar lah. Nak masuk Thailand, with 1 day pas pelawat lah. Sudahnya duduk je lah diam diam kat hotel Alor Setar dengan 2 malam makan ikan bakar dekat Samudera. Sedap dan best dan terbaik juga, siap dengan karaoke. Ahad pagi aku balik pukul 5 pagi sebab takut jammed, last day school holiday. Burn la breakfast hotel pagi tu. Family aku segerombolan balik malam tu, pun relax je sebab tak jammed. Busut betul. 

Anyway, congratulations to my sister. Semoga bahagia selamanya dan berkekalan hingga hujung nyawa.



Maaf, gambar tidak berapa memuaskan sebab pakai phone lepas tu berebut-rebut. Hoi tak tau ke ni kakak pengantin. Pfftt :p


Other than that, bekerja seperti biasa. Keje menimbun-nimbun tahun depan pun tak habis. Boleh pas esok esok kat cucu cicit. Tapi aku superlike. Sebab syukur kerana ada keje. Daripada orang lain kesian mintak keje tak dapat-dapat. Hidup ini mesti selalu bersyukur. Baru bahagia, aman dan tenang.



Senget-senget sekalian.



Nanti aku update lagi eh =)

9 comments:

sharEna said...

hoii...rindunya nk baca ko membebel ^^

update lagi plisssss..busan dah skrg ramai orang malas update blog hurghhh

ak yuyunz said...

sharena : kannn!! semuanya malas termasuk la aku. haha. ok ok semangat dari ko terus meresap!

ddJaafar said...

tu la.blogger ramai yang menyepi sekarang ni.tolong tolong.dah ketandusan blog nak baca..

FrH said...

hahahahha amendeeee laaaa kak yun meraban hahahhaha ... meraban tapi klako hokayyyyy. i like!

aisya bf lg ek .. sy nak stop skrg tp kesian .. sbb hadzim pon sampai 1y 10m .. so target fina ni sampai 2thn mmg nak stop laa .. xbleh tahan malam pon nak menempek .. sekit belakang kadang2 .. huhu ..

nape gambo pengantin laki tu xbg tengok haha ..

mooniqueen said...

baru sempat nak baca... hehehe... aah la kak, syuhada dah kurus sgt almost feature like u..sejibik kot.. adek badek katerrrr... so cute la both A ni... bila dpt jmpa diorg lagi... Bab menetek tu mehh menurun dgn i.. i now freedom from bf but not 100% lorrr bcoz still menggetel...tensiiii... same dengan je kot klu bf...

Shana Rosli said...

hoihhhh... penat tggu ko hapdet belog daaaa...

ak yuyunz said...

dd : semuanya pegi kat medium yg takyah membebel panjang lebar kikiki..

frh : kak yun rasa mcm dah terkehel kat tepi pinggul ni. tapi kesian frh.. dia punya merayu tu mcm nanti dah besar merayu.. "makkkk... nak kawenn makkk pliss..".

surpise la gambar penganting sebab nanti nak buat entry full edition. hahaha.

mooniqueen : meh la mie. menurun menaik pun takpe :p

shana : naaa.. please jangan penat sangat please.. :D

Ena said...

Dah lama tunggu apdet kamu dak yun oiii.. heheh

ashra said...

yunzzz..

lama sungguh nyepi ya..
rindu aishah =p

cantik adik yunz..
semoga terus bahagia =) ke akhir hayat bersama suami terchentaaa