Friday, June 14, 2013

Pengumuman : Saya Update Blog Hari Ini =)

Hi semua!

Hehe.. Tak payah terkejut sangat tiba-tiba aku update blog ni. Rinduuuuu nak update blog tapi tu la tu makin tua makin bz. Macam anak sepuluh plak kecohnya. By the way, ada ke orang baca blog aku ni, bahahaha. Thanks sebab jenguk jenguk tapi takde entry. Hari ni saya buat entry untuk awak awak eh.. =)

Life seperti biasa. Kiddos semakin membesar. Masih ingat Adre dan Aisya =). Adre dah nak masuk standard 1 next year. So this year dia kena struggle untuk pandai membaca, mengira dan sewaktu dengannya. Aku pulak bukan la jenis mengajar anak seawal bayi. Mengajar main-main tu ada la. Aku bagi dia puas main dulu sampai menggunung toys kat rumah. Sekarang komplen tak tau nak campak mana. Lori takde tayar pun awak nak simpan, kan Adre. Exam 1st semester before school holiday hari tu dia berjaya score 3 subjects. Yg lain juga amat amat memuaskan. Maka memang benar la teori budak lelaki dengan study smart ni. Sebab kat rumah nak suruh belajar, ya ampuuunnn. Macam nak suruh jumpa harimau. Namun begitu, alhamdulillah.

Aisya pulak sekarang dah berumur 2 tahun lebih. Tapi belum sampai 2 tahun setengah =). Bijak mengalahkan abang. Tough pun mengalahkan abang. Budak lahir terlebih makan pisang dalam perut memang macam ni. Sudah pandai sangat bercakap, walaupun pelat. Semua dah success, kecuali part breastfeeding serta diaperless. Ada tips tak macam mana nak stop breastfeed ni. Aku tak habis habis dengan perangai tak sampai hati kan. Memang sampai ke sudah la dia mencari punca makanan expecially night time. Mak aku kata, lagi lama lagi besar budak menetek, lagi sedap. Hah hambek. Ada rasa siakap masak sweet and sour ke dik? Dulu Adre umur macam ni consider dah day-diaperless. Waktu malam and travel saja pakai pampers. Sekarang Aisya masih lagi fully pakai pampers. Semuanya sebab aku takde masa dan lebih tepat lagi, pemalas. Dah, takyah cerita banyak.



Son and daughter. Tengok muka siapa lebih cheeky?


Kami satu family baru pulang dari Kedah, menghantar adik ke sana. Adik aku no. 3 sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihan dari utara. Sangat berbeza cara hidup dan keje. Tapi aku tengok diorang mampu manage semua itu dengan baik. Gerak hari Jumaat. Check-in di Alor Setar. Wedding di Darulaman Golf Country Club, Jitra. Alah.. Rupanya Alor Setar to Jitra macam Shah Alam to Subang je kot, haha. Takde majlis bersanding, cuma makan beradab dan cake cutting saja. Aku plan pegi ke sana cum vacay lah, kononnya. Tapi malangnya tak sompek. Semuanya rushing hoi. Nak pegi Bukit Kayu Hitam lah. Nak pegi Padang Besar lah. Nak masuk Thailand, with 1 day pas pelawat lah. Sudahnya duduk je lah diam diam kat hotel Alor Setar dengan 2 malam makan ikan bakar dekat Samudera. Sedap dan best dan terbaik juga, siap dengan karaoke. Ahad pagi aku balik pukul 5 pagi sebab takut jammed, last day school holiday. Burn la breakfast hotel pagi tu. Family aku segerombolan balik malam tu, pun relax je sebab tak jammed. Busut betul. 

Anyway, congratulations to my sister. Semoga bahagia selamanya dan berkekalan hingga hujung nyawa.



Maaf, gambar tidak berapa memuaskan sebab pakai phone lepas tu berebut-rebut. Hoi tak tau ke ni kakak pengantin. Pfftt :p


Other than that, bekerja seperti biasa. Keje menimbun-nimbun tahun depan pun tak habis. Boleh pas esok esok kat cucu cicit. Tapi aku superlike. Sebab syukur kerana ada keje. Daripada orang lain kesian mintak keje tak dapat-dapat. Hidup ini mesti selalu bersyukur. Baru bahagia, aman dan tenang.



Senget-senget sekalian.



Nanti aku update lagi eh =)

Tuesday, March 5, 2013

Al-fatihah





Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..




Al-fatihah.

=(

Tuesday, February 26, 2013

Sebab Musabab Jarang Menulis

Instagram!


Maafkan saya, hihi. Mood sentiasa ada. Idea itu kurang. Malas itu iya. Akan ku coba yer tawan-tawan.. =)

Wednesday, February 6, 2013

A Date and Spa

Last 2 weeks on Friday, adalah hari berdating. Purposely took leave to have 'our' time together. Dah lama rasanya kami tak banyak ada masa sama-sama. Semestinya bz dengan life routine, work around, hal anak-anak and more. So this is the time lah. Mari kita dating puas-puas wuwuwu. 

First and foremost hajat aku cuti adalah sebab nak settle-kan hal sekolah Adre, next year. Alhamdulillah selesai sudah. Tinggal tunggu surat pengesahan bulan 8 nanti dan bulan 12. Aku pun mula la start rasa hiba anak nak masuk primary school. How time flies. Semakin membesar semakin tuo lah den. Umur pun dah keluar kalendar, haha. 

Lepas tu headed ke Sunway Pyramid. Hubs ajak karaoke kat RedBox. Aku sebenarnya dah lapar giler ni tapi hubs kata makan sambil karaoke maka aku tibai la bihun tomyam dalam tu. Hambek la sambil menyanyi sambil menahan pedas. Dapat earlybird rate, dapat discount sebab ada lifetime members card. Total karok 3 jam, RM26++ saja. Keluar dengan muka happy dan sakit tekak. 



Gambar kali kedua upload. Kali pertama sudah masuk insta.



Cinta hati saya sampai mati.


Kemudian, half a day spend time kat spa je. We went to Cyberview Resort & Spa. Mari memanjakan diri bersama-sama. 3 hours dalam spa adalah best sebab baik punya urut, lulur, masker yogurt, wrapping serta mandi di jakuzi. Hubs punya session 1 hour saja. Lepas tu dia pun memboring tunggu session binik dia ni habis. Maka ambil gambar sana sini saja. Rasa macam ala-ala di Bali, wooo tqk sabar pulak nak pegi Bali ni hoh! Yg paling best dapat nombor phone makcik spa. Rumah dia dekat area rumah aku jugak. Haha bagus. Dah rembat nombor phone, lepas ni dapat layanan exclusive, makcik spa datang rumah je urut aku tiap-tiap bulan :p.
















2 thumbs-up. Silalah pergi =)

Wednesday, January 16, 2013

2013 and Fever

Happy New Year everyone! 

Dah masuk 2 minggu bulan January baru la terhegeh-hegeh nak blog, hehe. Sorry i is bz Perdana Menteri pun kalah hak hak hak.. Aku ni orang kampung sket, nak blog thru handphone rasa macam tak best. From tab pun tak nikmat. Dari lappy juga yg terasa kelazatan ber-blogging tu. So nak tunggu aku bukak lappy sila la memahami. Ceaaa..

Penutup 2012 kami satu family takde ke mana-mana. Duduk di rumah diam-diam, bagi anak-anak tengok fireworks kat depan rumah je boleh nampak dah. Ok la jugak tu. Daripada aku nak meredah Shah Alam atau Putrajaya atau KL, kimsalam. Dulu masa single tengah hangat berchenta memang rajin. Nama pun cari time untuk date kan. Sekarang ni tak rajin la aku nak buat macam tu, dengan nak bawak anak sesak-sesak. Kejap lagi fireworks tah kemana, anak aku pun tah kemana, aku pun tah kemana. Teringin tu ada, tapi tunggu teringin tahap maximum aku datang baru aku buat. Anak dah besar, ok la kot eh..

2013, akhirnya muncul juga. Desas desus end of the world tu agak havoc jugak eh. Ada office-mate aku siap beli lilin berbakul-bakul, beli stok-stok food untuk di buat bekalan. Rasanya kalau end of the world, habis dah satu bumi di gulung. Hmmm.. Persepsi masing-masing. Walaubagaimanapun, alhamdulillah syukur kita semua masih berpeluang menyedut udara, menghembuskan nafas dan memperbanyakkan amalan sebagai persiapan di hari muka di bumi Allah ini.

Azam 2013 continue saja apa yg tak tercapai dalam tahun sebelum-sebelum ini. To be a better person itu sudah pasti. 

Dan in the first month January of 2013, aku MC 2 hari, yest and today. Doc. suruh rest sebab dia kata aku stress. A bad migraine attacked since last Saturday, aku buat dekkk je lagi tapi semalam can't stand dah. Maka pegi clinik kena la jab kat vontot. Hopefully boleh la recover cepat sebab keje aku adalah banyak menanti ni. And plus, Aisya pulak boleh tiba-tiba demam semalam. Elok sangat la aku MC pun sebab boleh jaga dia. Maybe ambil masa untuk serasikan diri di taska baru. Kesian anak Ummi. Nak start weaning-off pun tak jadi-jadi lagi. Asyik la kesian tengok anak mintak nenen dengan suara syahdu. Ini demam apatah lagi, memang attached to je la. Anyway, today dah nampak recover. Tapi semput dia tu susah sket nak cakap, still pakai inhaler and makan ubat.



 Get well soon my adorable Aisya.